Minggu, 15 April 2012

Kamikaze dah Dapat Hidayah Allah. Turn Kita Bila?


Sham Kamikaze dah mendapat hidayah Allah. Alhamdulilah. Mungkin Sham Kamikaze ni salah seorang yang terpilih. Untungnya!!! Sham Kamikaze bercerita pasal pengalamannya mendapat hidayah, rasa macam tersentuh hati pulak.
Even ceramah dia tu, simple. Maksud saya nampak “macam tak adalah gaya dapat hidayah sangat”. Jangan melenting dulu.hahahaha! Korang kena layan video Sham Kamikaze dok bercerita pasal dia dapat hidayah tu kalau nak faham maksud saya tu.
Simple yang saya maksudkan ialah simple cara penyampaian yang tak berlebih-lebihan aka tak poyo babe!hahahaha! Sham nampak tenang, tak terlalu memuji individu-individu lain dan paling best for me dia tak berlebih nak menunjuk yang dia dah berubah. Nice!
Sederhana cara Sham Kamikaze ni. Saya boleh nampak keikhlasan dia. Tak berbangga diri langsung. Buka aib sendiri pun tak berlebih. Eeeeee, senang cerita baguslah cara Sham ni berubah. Alhamdulilah, dia dah dapat hidayah.
Kita bila pula? Hmmm *tadah tangan sesama jom* hehehehe
Tapi, saya bersyukur sangat-sangat. Bukan nak berbangga. Tapi, rasanya tak salah nak berkongsi cerita kan? Dulu, saya teruk sangat-sangat. Solat memanglah solat. Tapi, kalau dalam 5 waktu sehari tu..rasanya 2 or 3 waktu je kot saya buat. Ok, memang teruk!
Tudung? Saya penat bercerita benda yang sama. Bolehlah baca entry-entry sebelum ni yang berkaitan tudung sendiri. Klik sini untuk entry berkaitan. hahahaha! Cuma, dipendekkan cerita. Saya tak terfikir langsung nak pakai tudung. Dululah. Saya bukan dididik dari kecil untuk biasakan diri memakai tudung. Tak ada.
Bukan nak salahkan ibu bapa, Nope. Langsung tak. Mereka pun manusia biasa, kurang sana sini mendidik anak tu, biasa. Tak pakai tudung tu pada saya macam bukan 1 kesalahan. Tapi, betullah. Hidayah Allah tu kalau nak datang bila-bila masa je.
Asalkan kita selalu ingat Allah, tahu silap kita and ada niat nak berubah. InsyaAllah, 1 hari nanti Allah beri jugak hidayah tu. Macam saya (eh, bukan nak berbangga tau.huhuhu) sebelum tidur, memang dah biasa berdoa minta Allah “ubah” saya. Itulah doa saya daripada dulu.
“Ubah” tu saya pun tak tahu apa yang saya nak ubahkan. hahaha! Tapi, yang pasti. Itulah doa saya setiap kali nak tidur. Alhamdulilah, sikit-sikit Allah bukakan hati saya untuk berubah. Rasanya, semua bermula lepas saya balik Umrah pertama kot.
Saya ingat lagi, saya menangis depan Kaabah. Saya cakap dalam hati, “Aku tak pernah rasa bersyukur dengan apa yang Engkau beri, solat aku tak jaga, aurat entah kemana, tapi Engkau panggil juga aku datang rumah Engkau Ya Allah”. -..-
Nak tahu apa yang saya rasa? Rasa malu!!!! hehehehehe. Rasa macam Allah tengah pandang saya, saya tunduk malu.kuikuikuikui.
Hmmm, rasanya sejak dari tu saya cuba perbaiki solat. Mula-mula saya betulkan solat, lepas tu saya try tudung. Saya tak mampu buat serentak woo. Pelan-pelan kayuh. Jujurnya, masih belum sempurna both solat dan tudung tu tapi mudah-mudahan Allah tahu yang saya tengah berusaha.hohohoho!
Oklah, entry ini saya tulis bukan untuk menunjuk. Bukan untuk kecilkan hati sesiapa. Bukan untuk apa-apa. Hari ini kan Hari Jumaat. hehehehe!! Sajalah nak update cerita berunsur ilmiah sikit. kononnya.hahahahaha!!! Salam.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar